Powered By Blogger

Monday 17 February 2014


OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK MENGHILANGKAN LEMAK TEPU


ANDA STRESS?? Diet,diet,diet....senaman buat juga. Tapi kenapa bila naik timbangan kg tak juga turun. Oleh itu kenali diri anda, ada sesuatu yang menyekat penurunan berat badan anda. Jom kita baca ni..

Badan kita memerlukan lemak untuk berfungsi dengan baik, tetapi pengambilan lemak tepu yang banyak hendaklah dielakkan.  Dari mana datangnya lemak tepu ni yer..hmm lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
 
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
  1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam. 
  2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
  3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
  1. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
  2. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
  3. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
  4. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh. 
Jangan kerana kita nak kurus buang semua lemak yer. Kerana otak dan badan kita masih lagi memerlukan lemak untuk berfungsi dengan baik. Cuma kurangkan cara pengambilanya sahaja.Anda takut lemak yang diambil berlebihan dan membawa risiko penyakit?? kenalah ada supplement untuk mengcontrolkan kandungan lemak dalam badan.Omega guard shaklee mampu menyahkan kolestrol jahat di dalam badan anda.

Bakar lemak tepu dengan omegaguard

Mengapa anda perlu pilih Omegaguard Shaklee??
Kerana..
Omega Guard shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
 
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
 
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
 

Kepada anda yang berminat,sila hubungi 014-8326383 (Azieah)







No comments:

Post a Comment